Wednesday, July 27, 2011

~Burger MCD vs Burger Pasar~

Lunch time gini ni, aku jarang balik rumah...aku lebih suka stay di pejabat saja...sebab aku boleh online..hehe...bukan itu saja, lagipun balik rumah bikin banyak kos saja..tambang sana tambang situ...huhu...bukan kedekut, tapi aku tidak mau menyusahkan mamaku dengan minta duit tambang saja...lain lah kalau menggunakan duitku sendiri kan..kan...almaklumla, aku praktikal di Mara ni bukan ada elaun pun...tapi faham juga aku bha, sebab government ni memang jarang bagi elaun pada budak praktikal...haha...

Tapi itu bukanlah isu yang aku mau cerita di sini...memandangkan time ni waktu makan tengahari, tiba-tiba pula ada idea ku bercakap pasal makanan... iaitu BURGER...hehe...bukan juga lah menjadi favourite ku, tapi kalau memang dah lapar, semua makanan pun di bantai saja kan...yg bukan favourite pun, abis juga di makan..hahaha

Aku terfikir kalau lah kita mampu menjadikan burger yang selalu di jual di pasar-pasar malam @ di mana-mana jalanan menjadi burger MCD, kan best???banyak untungnya...kita beli burger di pasar-pasar malam baru rm 2.50, paling mahal pun rm 4.00 saja...tapi burger di MCD tu lebih mahal...padahal sama saja pun...namanya juga sama..BURGER...hahaha...adakah mahal disebabkan ramuannya, perkhidmatannya, @ pun sebab ianya perniagaan francais...itu sendiri lah jawab...sebab lain orang, lain pandangannya..

Memang bijak negara luar ni...product burger pun boleh sampai di Malaysia ni, tapi product burger kita ada sampai di negara-negara luar...di pasarkan di sana???tepuk dada, tanya diri sendiri...

~Ramadhan~

Ramadhan kian menjelang...tinggal beberapa hari saja lagi umat islam akan menyambutnya dengan rasa kesyukuran...kerana masih bernafas sehingga kini...di beri peluang untuk memperbaiki amalan dan bertaubat...semua manusia pasti ada dosanya..tidak kira kecil atau besar...tetapi Allah itu maha penyayang...memberi peluang kepada hambanya untuk bertaubat sebelum mati...itulah yang sebaik-baiknya...Ya Allah ampunkan hamba-hambaMu ni...

Bercerita pasal ramadhan, barulah tahun ini aku tidak menyambut ramadhan bersama-sama dengan classmate dan housemate@roomate selepas tiga tahun. sedih ada gembira pun ada juga...sebab tahun ini aku menyambut ramadhan bersama-sama ibu dan 3 adik perempuan yang paling ku sayang...hanya mereka sahaja keluarga sedarahku yang ada di dunia ini...

Minggu hadapan di jangkakan dah puasa dan minggu itu juga merupakan minggu terakhirku praktikal di Pejabat Mara Kudat. . memikirkan aku semakin melangkah ke alam pekerjaan..(e2pun kalau ada kerja...hahahaha)...aku rasa tercabar sikit..takut pun ada...persoalan-persoalan ini selalu bermain di kotak mindaku..adakah aku ini  tergolong dengan orang-orang yang bekerja sahaja tanpa memikirkan perjuangan??perjuangan yang aku telah pelajari sepanjang aku berada di UMS...adakah rutin harian ku hanya pagi kerja hingga petang, balik rumah untuk berehat dan tidur sahaja...??adakah hidupku hanya sekadar itu...??Ya Tuhan, berikan aku petunjuk...aku terlalai daripada semua ni...

Ada seseorang pernah berkata padaku...hidup tanpa perjuangan hanya memberatkan perut bumi sahaja...Tuhan, berikan aku kekuatan....aku semakin lemah....jangan biarkan aku hanyut.....

~Usahawan~

Apa yang ingin aku coretkan, adalah sekadar perkongsian buat semua...Hari ini aku ingin bercerita pasal usahawan...kadang-kadang kita gelar orang2 yang buat perniagaan di luar sana sebagai usahawan..Tetapi sebenarnya, ada sesetengah perniagaan kita xboleh gelar dia sebagai usahawan...Ini sudah lari daripada definisi sebenar usahawan itu sendiri....

Siapakah itu usahawan???jual topup, jual ikan, jual barangan runcit, adakah itu di gelar sebagai usahawan...?Tidak...Mereka ini bukan usahawan. tetapi peniaga...ramai yang salah anggap dengan konsep ni...Untuk menjadi seorang usahawan, usahawan itu harus mempunyai produk perniagaannyasendiri yang belum ada dalam pasaran..maksudnya di sini produknya tidak sama dengan produk yang di keluarkan oleh usahawan-usahawan yang lain.

~Assalamualaikum~

Terlalu lama aku tidak mengupdate blog ini...Maafkan aku...Walaupun aku tau tidak ramai yang membaca blog ini, tapi aku pasti ada manfaatnya juga walaupun xbanyak, sedikit pasti ada..Kalau pun bukan untuk orang lain, tapi buat diri ku..Walaupun xseberapa apa yang ingin aku sampaikan nanti, terimalah apa adanya...Kerna aku bukan manusia yang tau semuanya...Salam perkenalan buat semua:)