Wednesday, July 27, 2011

~Ramadhan~

Ramadhan kian menjelang...tinggal beberapa hari saja lagi umat islam akan menyambutnya dengan rasa kesyukuran...kerana masih bernafas sehingga kini...di beri peluang untuk memperbaiki amalan dan bertaubat...semua manusia pasti ada dosanya..tidak kira kecil atau besar...tetapi Allah itu maha penyayang...memberi peluang kepada hambanya untuk bertaubat sebelum mati...itulah yang sebaik-baiknya...Ya Allah ampunkan hamba-hambaMu ni...

Bercerita pasal ramadhan, barulah tahun ini aku tidak menyambut ramadhan bersama-sama dengan classmate dan housemate@roomate selepas tiga tahun. sedih ada gembira pun ada juga...sebab tahun ini aku menyambut ramadhan bersama-sama ibu dan 3 adik perempuan yang paling ku sayang...hanya mereka sahaja keluarga sedarahku yang ada di dunia ini...

Minggu hadapan di jangkakan dah puasa dan minggu itu juga merupakan minggu terakhirku praktikal di Pejabat Mara Kudat. . memikirkan aku semakin melangkah ke alam pekerjaan..(e2pun kalau ada kerja...hahahaha)...aku rasa tercabar sikit..takut pun ada...persoalan-persoalan ini selalu bermain di kotak mindaku..adakah aku ini  tergolong dengan orang-orang yang bekerja sahaja tanpa memikirkan perjuangan??perjuangan yang aku telah pelajari sepanjang aku berada di UMS...adakah rutin harian ku hanya pagi kerja hingga petang, balik rumah untuk berehat dan tidur sahaja...??adakah hidupku hanya sekadar itu...??Ya Tuhan, berikan aku petunjuk...aku terlalai daripada semua ni...

Ada seseorang pernah berkata padaku...hidup tanpa perjuangan hanya memberatkan perut bumi sahaja...Tuhan, berikan aku kekuatan....aku semakin lemah....jangan biarkan aku hanyut.....

0 comments:

Post a Comment